| Selamat datang ke Laman Info IT. Laman
ini akan dimuatkan dengan maklumat-maklumat
terkini berkaitan dengan komputer, multimedia
dan internet yang boleh membantu warga
pendidikan terutamanya guru. Selain
itu anda juga akan dipautkan ke laman-laman
yang berkaitan. Laman ini dikendalikan
oleh Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Jabatan Pelajaran Perlis.
Gunakan Internet
Dengan Penuh Berdisiplin.
Internet adalah teknologi
yang canggih dan merupakan perantaraan
komunikasi. Internet merupakan alam
bagi pertemuan secara maya. Namun demikian,
kecanggihan teknologi selalunya disalahgunakan
oleh manusia.
Penyalahgunaan internet
di Malaysia semakin hari menjadi semakin
serius. Antara penyalahgunaan yang sering
berlaku ialah di IRC (IRC abuse), penyalahgunaan
email (spam) dan pencerobohan laman
web.
Terdapat banyak punca
sehingga membawa kepada penyalahgunaan
ini. Antaranya ialah perasaan ingin
tahu, hobi, balas dendam, provokasi,
iri hari dan sebagainya.
Hasilnya, warga internet
di Malaysia kini dikenali sebagai "samseng
internet". Internet merupakan tempat
"maya" yang menjadi hak umum
dan perlu dihormati. Segala peraturan
dan garis panduan yang ditetapkan juga
perlu dipatuhi.
Oleh yang demikian gunakanlah internet
dengan penuh berdisiplin dan berhemah.
Undang-undang Siber Di Malaysia.
- Akta Tandatangan Digital 1997
- Akta HAkcipta (Pindaan) 1997
- Akta Jenayah Komputer 1997
- Akta Teleperubatan 1997
- Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
- Akta Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia 1998
|