Jabatan Pelajaran Perlis
Unit ICTAmanatProfilSejarahOrganisasiDirektoriPelan Lokasi
 

 

 
    Jabatan Pelajaran Perlis
 
 Jalan Tun Abdul Razak
   01990 Kangar, Perlis
   Tel: 604-976 1177
   Fax: 604-976 7080
   Web:
apps.emoe.gov.my/jpnpel
   Portal:
pendidikanperlis.edu.my
   
  Informasi Jabatan
     Visi Dan Misi
     Piagam Pelanggan
     Dasar Dan Matlamat
     Objektif
     Falsafah
     Logo
     Lagu Rasmi
  Khidmat Pelajaran
     Direktori Sekolah Perlis
     + Sekolah Menengah
     + Sekolah Rendah
  Muat Turun
     Surat Pekeliling
     Pekeliling
     Garis Panduan
     Koleksi Borang
   
E-Mail Jabatan Pelajaran Perlis
E-Mail Kementerian Pelajaran Malaysia
Laman Kerajaan Malaysia
Multimedia Super Coridor
Mesyuarat Penyelarasan PIPP

Berita Semasa

» Mesyuarat Penyelarasan Penyediaan Kad Pelaporan Perlaksanaan PIPP 2006-2007 KPM pada hari Khamis 29 Nov 2007, 3:00 Petang

» Konvensyen PIPP di IAB, Genting Highland pada 03-07 Dis 2007

» Keputusan Penilaian Menengah Rendah pada 27 Dis 2007



 Pautan Portal Kementerian Pelajaran Malaysia

 

 Pautan Pendidikan Perlis

Pusat Sumber Pelajaran
Pusat Ko-Kurikulum
Univerisiti Teknologi Mara
Universiti Malaysia Perlis
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Kolej Matrikulasi Perlis
Kolej Komuniti Arau
Institut Kemahiran MARA
Institut Kemahiran Belia Negara
   

Pautan

 
 
 

Statistik Kunjungan


 

 E-Mel Kementerian

 E-Mel Jabatan


 

 Berita Pendidikan - 262 Pelajar Perlis capai A dalam PMR 2007 (Utusan Malaysia)
 


 

 

 
 
KANGAR 27 Dis. - Seramai 262 pelajar di Perlis yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini mencapai keputusan A dalam semua mata pelajaran berbanding 259 orang pada tahun lalu.
     Jumlah tersebut merupakan 5.59 peratus daripada keseluruhan 4,686 calon yang mengambil peperiksaan itu di 34 buah sekolah di negeri ini pada 1 hingga 5 Oktober lalu.
     Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Azemi Salim berkata bagi pencapaian keseluruhan, sebanyak 55.55 peratus calon yang menduduki peperiksaan itu pula memperolehi pencapaian minimun iaitu D berbanding 53.05 peratus tahun lalu.
     Menurutnya keputusan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 2.5 peratus dan ia adalah hasil daripada kesungguhan usaha semua pihak termasuk para guru, ibu bapa dan pelajar-pelajar itu sendiri.
     "Seramai 45 orang pelajar mendapat 9A bagi semua mata pelajaran yang diambil manakala 211 pelajar memperoleh 8A dan enam orang memperoleh 7A.
     "Tiga buah sekolah pula mengekalkan pencapaian 100 peratus kelulusan dengan minimum gred D dalam semua mata pelajaran iaitu Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Derma dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Sheikh Ahmad," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
     Azemi berkata, sebanyak lima sekolah mencatat pencapaian melebihi pencapaian keseluruhan negeri iaitu SMK Agama (Perempuan) (98.08 peratus), SMK Agama Arau (92.31 peratus), SMK Seriab (71.55 peratus), SMK Syed Hassan (71.51 peratus) dan SMK Perlis (56.06 peratus).
      Menurutnya, jumlah 262 calon pelajar yang mendapat A dalam semua mata pelajaran itu melibatkan sebanyak 14 buah sekolah iaitu 84 orang di Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, SMK Derma (91), SMK Perlis (11), SMK Agama (29), SMK Tengku Sulaiman (2) dan SMK Seriab (2).
 
"Utusan Malaysia - 28 Disember 2007"
 

 

 

 

 

 

 
PENAFIAN: Jabatan Pelajaran Perlis tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Hakcipta Terpelihara © Jabatan Pelajaran Perlis 2007.