|
Jabatan Pelajaran Perlis telah ditubuhkan
pada tahun 1916 yang bertempat di Pejabat Besar Kerajaan
Negeri Perlis. Kemudian ia telah dipindahkan ke lokasi
baru iaitu di Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan. Di
awal penubuhannya, Jabatan Pelajaran Perlis telah ditadbir
oleh En Wan Teh dan diikuti oleh En abu Seman b Mohd
Sharif (1918), En Pilus B Awang (1923), dan
akhirnya pada tahun 1935 jawatan tersebut telah
disandang oleh En Hashim b Abd Rahman. Kemudian, pada
tahun 1938, Jabatan Pelajaran Perlis telah ditadbir oleh
seorang nazir iaitu J.W Jefferson. Pada zaman
pemerintahan jepun, En. Mustaffa telah menjawat jawatan
sebagai guru pelawat. Selepas tamatnya perang dunia
kedua jawatan tersebut telah disandang semula oleh En
Hashim B Abd Rahman.
Pada tahun 1974, satu pembaharuan telah
berlaku dimana En Amat B Mion telah dilantik sebagai
Penolong nazir dan kemudiannya pada tahun 1952 jawatan
ini telah disandang oleh Tuan haji Mohd Noor b Ibrahim.
Pada masa yang sama juga, En Ismail b Idris telah
dilantik sebagai Guru Pelawat untuk membantu
kerja-kerja yang kian bertambah. Kemudian jawatan
Penolong Nazir telah ditukarkan kepada Penolong
Pengelola Sekolah dimana jawatan ini telah disandang
oleh En Hashim b Salleh.
Selepas itu, pada tahun 1957,
lokasi Jabatan Pelajaran Perlis sekali lagi telah
bertukar ke sebuah bangunan yang terletak di Jalan Kolam yang bertentangan dengan Residensi Yang Amat
Berhormat Dato’ Seri Shahidan b Kassim, Menteri Besar
Perlis. Selepas beroperasi selama setahun di lokasi baru,
En Saad telah dilantik menjadi Penolong Pengelola
Sekolah. Pada tahun 1959, satu lagi pembaharuan telah
berlaku, dimana En Abdullah b Sultan telah ditempatkan
di Perlis sebagai Pegawai Pelajar Tempatan yang dikawal
oleh seorang Penguasa Pelajaran Kedah/Perlis dimana
iainya telah diketuai oleh Ketua Pegawai Pelajaran masing-masing. Sementara itu pada tahun 1961, En
Abdullah b Marzuki telah dilantik sebagai Penolong
Pengelola Sekolah dan jawatan Ketua Pegawai Pelajaran
Perlis telah disandang oleh Dato’ Ariffin b Mohd Nam
selama 7 tahun bermula pada tahun 1961 sehingga 1968.
Pada masa yang sama juga lokasi Jabatan Pelajaran juga
telah bertukar sekali lagi di tingkat bawah Bangunan
Persekutuan Kangar. Selepas Dato’ Ariffin menjawat
jawatan etrsebut, jawatan Ketua Pegawai telah ditadbir oleh En
Idris b Haji Tain bermula 01/10/1970 sehingga
01/12/1973, kemudian diikuti oleh En abd Razak b Ator
pada 01/12/1973 dan akhir sekali jawatan tersebut telah
disandang oleh En Md Rashid b Md Nor A.M.P.
Akhirnya, pada tanggal 01/02/1974,
Jabatan Pelajaran Perlis telah berpindah ke bangunannya
yang terletak di Jalan Penjara Kangar dan terdiri
daripada 36 pegawai dan kakitangan. Pada masa itu
jawatan pengarah telah disandang oleh En Marmuji b Kasa
A.M.P yang mula bertugas pada bulan April 1978
sehinggalah bulan Ogos (1979), dan diikuti pula oleh En
Abdul Talib b Mohd Zain (yang berkhidmat pada November
(1979) hingga Februari (1983) kemudian jawatan tersebut
telah disandang oleh En Baharom b Othman A.M.P, A.M.N.
yang mula berkhidmat pada Febuari (1983) dan berakhir
pada tahun 1984. Selepas itu, jawatan Pengarah telah
disandang oleh En. Jumari b Hassan A.S.D.K.
Semasa negara mencapai kemerdekaan pada
tahun 1957, pentadbiran dan kakitangan Jabatan Pelajaran
Perlis
telah berada di bawah pentadbiran Jabatan Pelajaran
Kedah. Sistem pentadbiran pada masa itu, telah
ditadbir oleh pegawai pelajaran Inggeris yang dikenali
sebagai ‘Superintendent of Education’, Kedah / Perlis
yang beribu pejabat di Alor Star, Kedah. Jabatan
Pelajaran Perlis telah dikerusi oleh pegawai ikhtisas
yang menjawat jawatan sebagai Penolong Pengelola
Sekolah-Sekolah Melayu dimana beliau dibantu seorang
pegawai ikhtisas lain yang menjawat jawatan sebagai guru
pelawat.
Penyeliaan yang agak tersusun di
peringkat negeri hanya diberi kepada sekolah-sekolah
kerajaan di negeri Perlis. Sekolah Inggeris yang
pertama ialah Sekolah Inggeris Derma yang ditadbir dari
Alor Star. Manakala sekolah Inggeris yang pertama
semasa kemerdekaan ialah Sekolah Stella Maris yang
ditadbir oleh mubaligh kristian sebagai sekolah
swasta. Terdapat 2 buah Sekolah Agama Arau dan Agama
Kangar adalah di bawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal
Agama Islam Perlis (Zakat dan Fitrah).
Pada tahun 1960, seorang pegawai
pelajaran kanan ditempatkan di Perlis yang mengawal
pentadbiran pendidikan tahun sekolah-sekolah yang
dibawah bidang kuasa Kementerian Pelajaran. Oleh kerana
mendapat desakan daripada pihak pendidikan tempat dan
pihak-pihak lain supaya pendidikan Perlis diasingkan
daripada Kedah, Jabatan Pelajaran Perlis telah
diasingkan daripada Jabatan Pelajaran Kedah pada tahun
1962. Diantara perubahan yang ketara dalam
beberapa tahun selepas pertubuhan Jabatan
Pelajaran Perlis ialah pertambahan bilangan Sekolah
Inggeris Rendah iaitu Sekolah Inggeris Kangar dan
Sekolah Inggeris Putra. Jika dicampur dengan
sekolah swasta yang mendapat bantuan kerajaan iaitu
Sekolah Inggeris Stella Maris, jumlah keseluruhannya
menjadi 3 buah. Sementara itu, Sekolah Rendah
Inggeris akan menghantar pelajar-pelajar yang berjaya ke
Sekolah Inggeris Derma untuk meneruskan pelajaran di
peringkat Sekolah Menengah. Oleh itu, Pentadbiran
di JPPs turut mengalami pengubahsuaian di mana jawatan
penolong pengelola sekolah-sekolah Melayu telah ditukar
kepada penolong pengelola sekolah-sekolah Rendah akan
berjawab dalam urusan yang berkaitan dengan Sekolah
Inggeris, Cina dan Tamil. Kaum Cina yang tidak
ketinggalan dalam menyusahkan sebuah institut pelajaran
menengah Inggeris untuk kaum Cina.
Pada tahun 1961, Sekolah Menengah Perlis
telah ditubuhkan dan sekolah ini telah mendapat bantuan
penuh dari kerajaan Perlis. Pada tahun 1962, satu
perubahan telah berlalu di mana, peluang untuk mengikuti
pelajaran menengah dengan membangunkan sebuah sekolah
menengah di Jejawi yang dikenali sebagai sekolah
lanjutan. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah di
Jejawi yang dikenali sebagai Sekolah Pelajaran Lanjutan. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah menengah bukan
akademik di mana ia memberi peluang lanjutan untuk
meneruskan kepada murid-murid yang tidak berjaya untuk
menyambungkan pelajaran di sekolah-sekolah Akademik
suatu ketika dulu Sekolah Pelajaran Lanjutan tidak lama
ditubuhkan, kerana pada akhir tahun 1964 ianya telah
dibubarkan manakala sebuah sekolah aliran Melayu yang
bercorak akademik yang pertama ditubuhkan di Perlis
ialah Sekolah Menengah Melayu Arau atau sekarang
dikenali sebagai Sekolah Menengah Dato’ Sheikh Ahmad di
mana satu ketika dulu, sekolah yang berkenaan telah
menumpang bilik darjah di Sekolah Menengah Inggeris
Derma dan akhirnya telah bertukar ke Arau pada tahun
1963.
Pada tahun 1964, Sekolah Menengah
Kebangsaan Simpang Empat telah ditukarkan nama sebagai
Sekolah Menengah Syed Saffi. Sekitar tahun 1964,
jumlah keseluruhan Sekolah Menengah Kerajaan dan bantuan
kerajaan adalah sebanyak 5 buah, tidak termasuk dengan
Sekolah Agama.
Akibat dari perubahan sistem penentuan
untuk memberi penempatan belajar ke alam sekolah
menengah, satu pembaharuan telah berlaku pada tahun 1965
iaitu dari segi pertumbuhan bilangan Sekolah Menengah
dan bilangan para pelajar. Sistem ini dikenali
sebagai sistem Sekolah Menengah Rendah Anika Jurusan di
mana sebanyak 6 buah Sekolah Menengah Rendah yang
mempunyai pelbagai matapelajaran telah ditubuhkan di
Negeri Perlis iaitu 2 buah di Kangar dan sebuah bagi
setiap kawasan di Arau, Tambun Tulang, Kayang dan
Tunjong. Pada tahun 1968, 6 buah sekolah tersebut
telah ditempatkan dibangunnya sendiri. Di awal
pertubuhannya, kesemua sekolah tersebut telah
menggunakan bahasa Kebangsaan dan Inggeris dalam
pengajarannya kecuali Sekolah Menengah Rendah Arau dan
Sekolah Menengah Rendah Kangar yang hanya menggunakan
bahasa Kebangsaan dan Sekolah Menengah Putra yang
menggunakan bahasa Inggeris dalam pembelajaran.
Pada tahun 1977, semua Sekolah
Menengah Rendah tersebut telah ditukar sebagai Sekolah
Menengah Kebangsaan selaras dengan perlaksanaan dasar
pembelajaran penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa
penghantar. Pada tahun 1973, Sekolah Menengah
Vokasional dan Sekolah Menengah Sains telah ditubuhkan
dimana ia telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan
seperti asrama dan lain-lain. Di mana Sekolah
Menengah Vokasional tersebut berperanan memberi peluang
latihan asas di dalam bidang kerja amali, manakala
Sekolah Menengah Sains pula memberi peluang kepada para
pelajar yang layak mengikuti kursus-kursus dalam jurusan
Sains.
Dengan mengambil alih 2 buah Sekolah
Menengah di Batu 16, Jalan Padang Besar dan Kuala Perlis.
Oleh itu, jumlah keseluruhan di Negeri Perlis pada masa
itu ialah 16 buah sekolah. Kini jika dikaji
sejurus selepas negara mencapai kemerdekaan perangkaan
bilangan guru dalam Sekolah Menengah pada tahun 1957,
telah menjangkau sebanyak 15 orang dan bilangan pelajar
sebanyak 360 orang. Pada tahun 1982, bilangan
tersebut telah bertambah menjadi 1571 orang guru dan
13,945 orang pelajar. Dari segi pentadbiran di
peringkat Jabatan Pelajaran pula, bilangan pegawai
ikhtisas telah bertambah kepada 40 orang. Manakala
pegawai pembantu yang terdiri daripada pegawai
pekeranian dan buruh berjumlah 748 orang. Sehingga
ke hari kini, JPN Perlis telah mentadbir lebih daripada
2300 orang pegawai dan kakitangan. Jumlah kos
keseluruhan meningkat kepada RM25 juta ringgit di mana
peruntukkan bagi tahun 1982 ialah 32 juta ringgit dan 31
juta ringgit diperuntukkan bagi tahun 1982 di mana tidak
termasuk kos pembangunan. Jumlah bayaran gaji yang
diuruskan JPN Perlis pada masa ini ialah1.85 juta
ringgit setiap bulan. Semasa kemerdekaan terdapat
hanya 2 orang guru berijazah dalam sistem Pentadbiran
Jabatan Pelajaran Negeri, tetapi kini bilangan tersebut
telah meningkat kepada 258 orang guru.
Pada tahun 1970, pengetua bagi setiap
sekolah menengah yang terdiri daripada guru latihan
Maktab telah ditukar kepada guru-guru besar yang
berijazah. Pada tahun ini, satu lagi usaha yang
telah dilakukan dalam menyeragamkan sistem Pentadbiran
Jabatan Pelajaran Negeri di seluruh Negara telah
diimplementasikan mulai 1 Jun ini. Dengan
penyusunan semula unit-unit pentadbiran, bilangan pegawai
ikhtisas telah bertambah di Jabatan Pelajaran Negeri.
Sejak tahun 1972, guru-guru besar di sekolah menengah
menerima kenaikan pangkat berdasarkan gred-gred yang
telah diketepikan. Perubahan ini dikenali sebagai
perkembangan kearah pentadbiran yang lebih
bertanggungjawab, cekap dan bermutu.
|